PENGELASAN HAIWAN
- Benda-benda dalam alam ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup.
- Benda-benda hidup menjalani proses hidup seperti bernafas, membiak, makan, berkumuh, bergerak, membesar dan bergerakbalas terhadap ransangan.
- Benda hidup boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu Haiwan dan Tumbuhan.
SIFAT FIZIKAL HAIWAN
- Haiwan dalam alam ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan rupa.
- Haiwan yang berlainan mempunyai sifat fizikal yang berlainan.
- Haiwan dapat dibezakan atau dikelaskan mengikut sifat fizikal.
- Sifat fizikal ialah sifat luaran yang dapat dilihat dengan jelas.
- Sifat luaran tersebut termasuklah dari segi saiz, struktur badan dan warna.
Saiz Haiwan
- Haiwan dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu besar, sederhana dan kecil berdasarkan saiznya.
- Contoh haiwan yang bersaiz besar ialah gajah, zirafah, kuda dan buaya.
- Contoh haiwan yang bersaiz sederhana ialah kambing, kucing, kancil dan kanggaru.
- Contoh haiwan yang bersaiz kecil ialah nyamuk, lalat, belalang dan kutu.
Struktur Badan
- Haiwan mempunyai struktur badan yang berbeza-beza.
- Antara struktur badan yang dapat dilihat ialah bulu, kaki, sisik, kepak, cengkerang, tanduk, paruh, ekor dan belalai.
Haiwan Berbulu
- Bulu adalah struktur yang tumbuh pada kulit haiwan.
- Haiwan yang berbulu terbahagi kepada dua, iaitu haiwan yang berbulu halus dan haiwan yang berbulu pelepah.
- Haiwan yang berbulu halus termasuklah arnab, kucing, monyet, harimau dan lembu.
- Haiwan yang berbulu pelepah termasuklah burung, ayam, itik dan angsa.
Haiwan Berkaki
- Haiwan yang berkaki boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu berkaki dua (ayam, itik, burung, kelawar), berkaki empat (kucing, lembu, harimau, penyu, buaya), berkaki enam (nyamuk, belalang, rama-rama), berkaki lapan (kala jengking, labah-labah, tungau) dan berkaki banyak (lipan, ulat gonggok, ketam, udang).
- Ada haiwan yang tidak berkaki misalnya kerang, siput babi, ular, cacing dan sebagainya.
Haiwan Bersisik
- Sisik ialah lapisan luar yang nipis yang terdapat pada haiwan yang tertentu.
- Haiwan yang bersisik termasuklah ikan, ular, buaya, biawak dan tenggiling.
- Ada haiwan yang bersisik di sebahagian anggota badannya.Misalnya burung hanya bersisik pada kaki.
Haiwan Bercengkerang
- Cengkerang ialah lapisan kulit luar yang tebal dan keras.
- Cengkerang melindungi badan haiwan yang lembut dan tidak bertulang.
- Haiwan yang bercengkerang ialah siput babi, kura-kura, penyu dan kerang.
Haiwan Berkepak
- Haiwan berkepak termasuklah burung, rama-rama, pepatung dan kelawar.
- Kepak biasanya digunakan untuk terbang.
- Kepak pada burung, ayam dan itik mempunyai bulu pelepah.
Haiwan Bertanduk
- Tanduk ialah struktur keras yang terdapat di kepala beberapa jenis haiwan.
- Contoh haiwan yang bertanduk ialah lembu, kerbau, kambing, rusa dan seladang.
Haiwan Berparuh
- Paruh ialah struktur badan yang terdapat pada haiwan dalam kumpulan burung.
- Setiap jenis burung mempunyai bentuk paruh yang berbeza-beza.
Haiwan Berekor
- Beberapa jenis haiwan mempunyai ekor di bahagian belakang badan.
- Ada haiwan yang berekor panjang seperti harimau, singa, monyet dan kucing.
- Ada haiwan yang berekor pendek seperti kambing dan unta.
Tulang Belakang
- Tulang belakang ialah struktur badan haiwan yang tidak boleh dilihat dari luar.
- Ada haiwan yang bertulang belakang dan ada haiwan yang tidak bertulang belakang.
CIRI-CIRI HAIWAN
- Selain pengelasan melalui sifat fizikal, haiwan juga dapat dibezakan mengikut ciri-cirinya juga.
- Ciri-ciri haiwan termasuklah tempat hidup, tabiat makan dan cara membiak.
Tempat Hidup
- Ada haiwan yang hidup di darat dan ada haiwan yang hidup di air.
- Contoh haiwan yang hidup di darat ialah kucing, harimau, kuda, rusa, rama-rama dan burung.
- Contoh haiwan yang hidup di air ialah ikan, udang, sotong, ketam dan ikan paus.
- Ada juga haiwan yang boleh hidup di darat dan di air. Contohnya ialah katak, buaya dan kura-kura.
Tabiat Makan
- Mengikut tabiat makan, haiwan terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu herbivor (haiwan yang boleh makan tumbuhan sahaja), karnivor (haiwan yang boleh makan haiwan lain sahaja) dan omnivor (haiwan yang boleh makan tumbuhan dan haiwan lain).
Cara Membiak
- Haiwan membiak sama ada dengan cara bertelur atau melahirkan anak.
- Haiwan yang bertelur ialah burung, ayam, itik, cicak, buaya, ikan dan ular.
- Haiwan yang melahirkan anak ialah lembu, kucing, harimau, monyet, ikan paus dan gajah.
KEPERLUAN ASAS HIDUPAN
Hidupan memerlukan keperluan asas untuk hidup. Keperluan asas bagi hidupan ialah makanan, udara, air dan tempat perlindungan.
MAKANAN
- Makanan diperlukan oleh benda hidup untuk membesar, mendapatkan tenaga dan memperoleh kesihatan yang baik.
- Tumbuhan hijau membuat makanan sendiri menggunakan air di dalam tanah dan karbon dioksida yang terdapat di udara.
- Tenaga diperlukan untuk membuat makanan pula diperoleh daripada cahaya matahari.
- Proses tumbuhan hijau membuat makanan disebut fotosintesis.
- Oksigen dibebaskan semasa proses fotosintesis.
- Manusia dan haiwan mendapatkan makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
AIR
- Air amat penting kepada hidupan.
- Tumbuhan memperoleh air dari dalam tanah melalui akarnya.
- Tumbuhan memerlukan air untuk membuat makanan (fotosintesis) dan mengawal suhunya.
- Manusia dan haiwan memerlukan air untuk mengawal suhu badan, menjalankan proses hidup dan mengekalkan kesihatan.
UDARA
- Semasa benda hidup memerlukan udara untuk hidup.
- Manusia dan haiwan memerlukan oksigen yang terdapat dalam udara untuk bernafas.
- Tumbuhan pula menyerap karbon dioksida di dalam udara untuk menjalankan proses fotosintesis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan